BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

Written By kom enampulpat on Senin, 05 November 2012 | 09.28

BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita TempatanTiada aedes tiada denggiIndustri minyak sawit mahu k'jaan timbang laksana insuransEmpat usahawan terima Anugerah Usahawan Terbaik Negeri S'wak 2012Takut dibunuh, gadis serah kehormatan100,000 Dayak disasar isi jawatan SPATiga sahabat selamat, Kancil langgar pokokPKMS mohon geran bagi pembinaan kompleksIKHLAS yakin dapat menarik 5,000 usahawan kecilTingkatkan reka bentuk bot lajuPerpaduan kaum yang dipupuk harus dikekalkan'Gendang pampat' perlu dihidupkan semula, kata MongSUPP Sarikei edar borang permohonan BR1M 2.0Serius majukan pendidikan prasekolah, kata DingGeran pelancaran taska harus dikajiPengusaha taska swasta berstatus individu hadapi pelbagai cabaranInstitusi prasekolah cemerlang perlu dedikasi guru, pengasuh, ibu bapaBelum ada tindakan terhadap produk AyamasGolongan belia dinasihatkan agar memfokuskan pelajaran: MauhMenuntut ilmu perlu diteruskan meskipun sudah berusiaGaris panduan khusus bagi nama sesebuah pusat hiburan

http://www.theborneopost.com Largest English Daily In Borneo Mon, 05 Nov 2012 00:13:27 +0000 en-GB hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.4.2 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiada-aedes-tiada-denggi/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiada-aedes-tiada-denggi/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:16:55 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252818

GANYANG: Dr Muhamad Rais (tiga kanan) dan Khalid (lima kanan) bersama komuniti di Sibu melakukan gimik membunuh nyamuk aedes semalam.

Pastikan di dalam, di luar rumah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes

SIBU: Penduduk di sini diingat agar memastikan kediaman mereka baik di dalam mahupun di luar kawasan rumah bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Muhamad Rais Abdullah terdapat tujuh kes demam denggi dilaporkan di Sibu minggu lalu (21 hingga 27 Oktober).

"Ini adalah peningkatan amat ketara berbanding bulan- bulan sebelumnya.

Justeru, penduduk di sini dinasihati agar jangan terlalu bergantung kepada pihak majlis perbandaran mahupun Jabatan Kesihatan dalam menjaga luar kawasan kediaman mereka," katanya pada Majlis Pelancaran Gotong-royong Jom Ganyang Aedes, di sini semalam.

Majlis berlangsung di Pintu Gerbang Sibu itu dijalankan secara segera ekoran dua lokasi iaitu Jalan Bukit Assek dan Jalan Merlin telah diisytiharkan sebagai kawasan nyamuk aedes.

Sejak dua minggu lalu, terdapat dua kes dicatatkan dalam lingkungan 200 meter di kawasan penularan wabak denggi iaitu Jalan Merlin.

"Sebenarnya, walaupun sudah terdapat satu kes pun sudah dikira zon menular.

Ada pesakit hanya membuat pemeriksaan kesihatan selepas beberapa minggu dijangkiti virus denggi kerana menyangka mereka hanya demam biasa.

"Harus diingat, ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang simptom demam denggi apabila dijangkiti nyamuk aedes," kata Dr Muhamad Rais.

Untuk tahun ini, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sehingga hari ini di bahagian ini sebanyak 70 kes dengan bandar Sibu mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 50 kes, Selangau (lima) dan Kanowit (15).

Majlis yang dikelola oleh Jawatankuasa Wabak Denggi Peringkat Daerah Sibu itu turut dihadiri Pemangku Pegawai Daerah Khalid Andong dan ketua-ketua kaum dan penghulu kawasan Sibu.

Menyentuh mengenai usaha membasmi nyamuk aedes, Dr Muhamad Rais mendakwa ada kalangan penduduk enggan membenarkan pegawai penyembur asap nyamuk masuk ke rumah mereka.

"Oleh itu, kami membekal bersama-sama peserta gotongroyong penyembur aerosol supaya penghuni di kawasan terlibat dapat menyembur dalam rumah mereka," katanya.

Selain itu, dalam lawatannya ke tempat-tempat yang tidak dikategorikan sebagai zon penularan demam denggi seperti di Jalan Sukun dan beberapa lagi jalan di bandar ini terdapat peningkatan bilangan nyamuk aedes yang berterbangan di situ.

Pada masa sama, beliau turut menasihati penduduk memandang serius isu pembiakan nyamuk terutama ketika menghadapi musim tengkujuh.

"Banjir mungkin akan membawa keluar telur-telur nyamuk ke tempat lain, tetapi air yang bertakung selepas banjir atau hujan harus juga diperiksa," katanya.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiada-aedes-tiada-denggi/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/industri-minyak-sawit-mahu-kjaan-timbang-laksana-insurans/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/industri-minyak-sawit-mahu-kjaan-timbang-laksana-insurans/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:15:16 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252805 KUCHING: Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak, terdiri daripada 80 pemilik ladang, telah meminta kerajaan menimbang semula secara serius pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing, bermula 1 Januari tahun depan.

Ia berkata pelaksanaan itu akan hanya membebankan industri minyak sawit 'yang masih mentah' di Sarawak, sekali gus menjadikannya kurang berdaya saing.

"Lagipun, sebarang pelaksanaan terma dan syarat tambahan untuk permohonan permit kerja akan memperlahankan masa pemprosesan dan dengan kekurangan buruh di negeri ini, ia akan menjadikan keadaan lebih teruk," kata persatuan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariatnya di sini semalam.

Melihatkan kepada hargaharga minyak sawit mentah yang terus turun, kerajaan seharusnya campur tangan untuk membantu industri, katanya.

Ahli syarikat persatuan turut dimandatkan untuk memenuhi gaji bulanan minimum RM800 untuk pekerja sektor kelapa sawit, mulai 1 Januari tahun depan, katanya.

"Harga pasaran untuk MSM telah merosot dengan begitu drastik sejak beberapa bulan dan syarikat-syarikat perladangan kelapa sawit mengalami kerugian kerana harga yang rendah.

"Penurunan harga telah menjejaskan, terutamanya syarikat-syarikat baharu yang telah melabur secara besarbesaran dalam penanaman kelapa sawit," kata persatuan itu sambil menambah yang kedua-dua pemilik ladang dan pekebun kecil akan turut terkena tempias oleh pengenalan skim insurans berkenaan.  — Bernama

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/industri-minyak-sawit-mahu-kjaan-timbang-laksana-insurans/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/empat-usahawan-terima-anugerah-usahawan-terbaik-negeri-swak-2012/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/empat-usahawan-terima-anugerah-usahawan-terbaik-negeri-swak-2012/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:12:51 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252811

USAHAWAN CONTOH: Julaihi (tiga kanan) bersama penerima Anugerah Usahawan Terbaik Negeri Sarawak 2012 (dari kiri) Richard dan Yong, Tiang  (empat kiri) dan Norjanah (dua kanan). Turut kelihatan Karim (kanan) dan Rita (empat kanan).

KUCHING: Empat usahawan berjaya daripada pelbagai bidang menerima Anugerah Usahawan Terbaik Negeri Sarawak 2012.

Keempat-empat mereka ialah Pengerusi Lee Ling Group of Companies Datuk Tiang Ming Sing, pemilik J&J Trading Enterprise Norjanah Ahmad, Pengerusi Eastern Oxygen Industries Sdn Bhd Richard Wee dan Pengasas dan Pengerusi Gimhwak Group Yong Ing Hui.

Mereka dipilih oleh panel yang dianggotai ahli-ahli daripada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) dan daripada firma perakaunan Ernst and Young.

Anugerah berkenaaan disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Julaihi Narawi pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-61 SCCI di sini malam kelmarin.

Sementara itu, Encorp Bhd meraih Anugerah Laporan Tahunan Korporat dalam kategori lain pada malam tersebut.

Pada pembukaan acara itu, pengerusi penganjur anugerah berkenaan Rita Liew daripada PGD Marketing Sdn Bhd berkata sektor swasta di negeri ini disifatkan 'alive and well' (hidup berkembang dengan sihat).

"Usahawan di Sarawak kini lebih bertenaga dan berkembang maju dan Dewan (SCCI) kekal sebagai organisasi penting kerana ia meraikan ulang tahun ke-61.

"Malah, kami mempunyai ahli baharu setiap tahun dan ahli lama terus memberi sumbangan mereka," katanya.

Sementara itu, Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar semasa merasmikan majlis itu berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan kunci penggerak kepada ekonomi negeri.

"Lebih daripada 98 peratus perniagaan di Sarawak terdiri daripada kalangan PKS.

"Oleh itu mereka adalah penyumbang besar kepada ekonomi Malaysia amnya dan di Sarawak khasnya," katanya ketika mewakili Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri turut akan memainkan peranan menarik pelabur dengan menawarkan harga tanah yang menarik, kadar air yang kompetitif dan tarif elektrik, latihan pekerja mahir dan insentif cukai.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden SCCI Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian Datuk Peter Nansian Nusie dan tetamu kehormat lain.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/empat-usahawan-terima-anugerah-usahawan-terbaik-negeri-swak-2012/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/takut-dibunuh-gadis-serah-kehormatan/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/takut-dibunuh-gadis-serah-kehormatan/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:10:53 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252801 KUCHING: Seorang gadis berusia 16 tahun terpaksa akur dengan nafsu buas seorang lelaki setelah diugut akan dibunuh dan dicampakkan ke laut sekiranya enggan menuruti kehendaknya.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad memberitahu, mangsa melepak bersama suspek dan rakan-rakan di kawasan Masja pada malam sebelum kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam Khamis lepas.

"Mangsa yang dibawa ke sebuah rumah di Kampung Rampangi dipaksa melakukan hubungan seks.

"Jika enggan, suspek akan memukulnya dengan botol racun serangga dan mengugut membunuhnya serta mencampakkan mayatnya ke laut.

"Oleh kerana takut, mangsa terpaksa mengikut kemahuan suspek," katanya.

Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang ke rumah katanya, menghantar khidmat pesanan ringkas kepada rakanrakannya untuk meminta bantuan.

Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/takut-dibunuh-gadis-serah-kehormatan/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/100000-dayak-disasar-isi-jawatan-spa/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/100000-dayak-disasar-isi-jawatan-spa/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:08:43 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252800  

BERSEMANGAT: Ahli-ahli SIDS Cawangan Siol Kandis menyanyikan lagu SIDS pada majlis makan malam di Kuching, malam kelmarin (Sabtu).

KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meletakkan sasaran 100,000 untuk komuniti Dayak di negeri ini mengisi permohonan jawatan dalam SPA sebelum hujung tahun ini.

Sasaran bersifat cabaran ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi SPA Malaysia Tan Sri Mahmood Adam kepada komuniti Dayak menerusi jawatankuasa khas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komuniti Dayak.

Timbalan Pengerusi Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Noelle Lily Morse berkata hasil daripada perbincangan bersama SPA, mendapati tidak ramai di kalangan komuniti Dayak memohon jawatan yang ditawarkan dalam SPA.

Daripada 67, 000 pemohon Sarawak bagi tempoh Januari hingga September 2012, seramai 26,000 adalah Melayu, manakala Dayak yang meliputi empat kumpulan etnik masing-masing mencatatkan pemohon seramai 17,000 (Iban), Bidayuh (8,000), Melanau (6,000) dan Orang Ulu (3,000).

"Pengerusi SPA mencabar komuniti Dayak yang meliputi kira-kira satu juta orang untuk mengisi permohonan jawatan dalam SPA mulai 31 Oktober lepas.

"Dalam tempoh dua bulan ini sehingga 31 Disember 2012, Tan Sri Mahmood mahu melihat sekurang-kurangnya 100,000 orang Dayak yang berkelayakan mengisi permohonan jawatan dalam SPA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Siol Kandis di salah sebuah hotel di sini malam kelmarin (Sabtu).

Tambah Noelle, pihak SPA turut memberi jaminan mana-mana kekosongan yang ditawarkan dalam tempoh dua bulan ini akan diberikan kepada pemohon dari Sarawak khasnya komuniti Dayak.

Malah menurut Noelle, pihak SPA juga akan menghantar pegawai untuk sesi temu duga bersama calon-calon yang berkelayakan ke kawasan luar bandar dan pedalaman yang jauh dari pusat temu duga.

"Saya menggesa semua anda yang hadir pada malam ini agar memaklumkan kepada anak-anak dan saudara-mara yang lain terutama di kalangan yang layak untuk segera mengisi SPA bagi merebut jawatan yang ditawarkan dalam kerajaan," katanya.

Majlis itu dihadiri sekitar 200 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli SIDS serta jemputan-jemputan lain.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian insentif kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.

Turut hadir Pengerusi SIDS Cawangan Siol Kandis Doris Day Stephen serta pengerusi pengelola Elizabeth Susa.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/100000-dayak-disasar-isi-jawatan-spa/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiga-sahabat-selamat-kancil-langgar-pokok/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiga-sahabat-selamat-kancil-langgar-pokok/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:07:49 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252799 KUCHING: Tiga sahabat terselamat daripada mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki oleh mereka terbabas malam kelmarin.

Kesemua mangsa yang berusia 20-an semasa kemalangan tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang sebelum kereta mereka hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok dan terbabas ke tepi jalan sekitar jam 10 malam.

Akibatnya, bahagian hadapan kereta Kancil tersebut remuk serta cermin hadapannya pecah dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Stapok Utama.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tiga-sahabat-selamat-kancil-langgar-pokok/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pkms-mohon-geran-bagi-pembinaan-kompleks/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pkms-mohon-geran-bagi-pembinaan-kompleks/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:07:38 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252798 KUCHING: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) memohon geran bagi pembinaan Kompleks PKMS di tanah seluas 1.06 ekar di Jalan Muhibbah di sini.

Setiausaha Agung PKMS Mohd Zain Abang Ismail berkata pihaknya telah lama memperkenan tanah terbabit bagi membina kompleks yang mempunyai kemudahan dewan serba guna, ruang pejabat, kelas tuisyen dan fardu ain.

Menurut Mohd Zain, pihak PKMS berhasrat memohon geran itu melalui Pejabat Ketua Menteri dengan jumlah beberapa juta bagi kegunaan orang Melayu.

"Supaya senang untuk kita mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan atau untuk golongan wanita menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan kita boleh menjana pendapatan dengan menyewakannya untuk kegunaan orang Melayu," katanya ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan PKMS, di sini semalam.

Sebelum ini, pihak PKMS memang tidak ada menerima sebarang geran daripada kerajaan persekutuan dan kali pertama menerima geran sudah lama RM20,000 melalui kerajaan negeri.

Sementara itu, pada mesyuarat 25 Jun lalu bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PKMS telah dipilih sebagai badan pemerhati tempatan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai perkara itu akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PKMS Dr Mohd Abas Abang dan Mohd Zain dipilih menang tanpa bertanding menyandang jawatan yang sama untuk penggal kedua.

Manakala Timbalan Yang Dipertua disandang Dr Wan Ali Tku Madhi, Naib Yang Dipertua Junaidi Ganai, Bujang Boji Sitam, Ahmad Kamaruddin Tan Sri Mohd Su'aut, Jaafar Sahari dan Bendahari Abdul Haddy Abdul Rahman

Ahli Majlis Tertinggi PKMS pula ialah Abang Sapali Abang Sapawi, Fadzil Sahran, Awang Johny Awang Hamzah, Aminah Ramzi, Khadijah Kobil, Hairani Safiee, Malati Bakar, Abang Yusuf Datuk Abang Othman, Sahmat Materang, Sarbini Buang, Wan Ramli Wan Saimi, Zainori Othman dan Samsol Morshidi Bujang.

Setakat ini terdapat lebih kurang 7,000 ahli PKMS dengan 12 cawangan seluruh negeri.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pkms-mohon-geran-bagi-pembinaan-kompleks/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/ikhlas-yakin-dapat-menarik-5000-usahawan-kecil/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/ikhlas-yakin-dapat-menarik-5000-usahawan-kecil/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:07:23 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252797 KOTA SAMARAHAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yakin dapat menarik kira-kira 5,000 usahawan kecil dan sederhana menjadi ahli berdaftar pertubuhan tersebut menjelang awal tahun depan.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata keyakinan itu berdasarkan kepada respons yang cukup baik daripada usahawan dan peniaga kecil sejak ditubuhkan di negeri ini yang kini sudah pun mempunyai kira-kira 200 ahli.

Beliau memberitahu IKHLAS masih lagi baharu di Sarawak dan masih ramai peniaga dan usahawan yang belum mengetahui pertubuhan itu serta peranan mereka dalam membantu peniaga dan usahawan.

"Kita sedang membentuk Jawatankuasa IKHLAS Peringkat Negeri dengan pembentukan jawatankuasa ini, kita akan dapat menyelaras pelbagai program untuk terus menambah keahlian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program 'Hari Bersama Presiden IKHLAS' melibatkan kira-kira 50 ahli IKHLAS Cawangan Kota Samarahan di pangkalan feri di sini semalam.

Ridzuan memberitahu, pihaknya kini juga sedang mencari inisiatif bagi membantu pemilik gerai yang menjalankan perniagaan di pangkalan feri yang terjejas akibat kebakaran dua tahun lalu termasuk memohon bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kita juga akan mengenal pasti masalah yang sering dihadapi peniaga kecil dan sederhana di negeri ini menerusi program turun padang serta pengedaran  boring kaji selidik untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu mereka," jelasnya.

Wakil IKHLAS Cawangan Kota Samarahan, Junaidi Kaderi juga yakin sasaran untuk menambah ahli di Kota Samarahan dapat dicapai.

"Ini berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan yang diterima IKHLAS sejak ditubuhkan di kawasan ini beberapa bulan yang lalu," ujarnya.

Pada majlis itu, IKHLAS turut memberi sumbangan berupa wang tunai, apron dan topi 1Malaysia kepada peniaga kecil di sekitar kawasan berkenaan.

Usahawan atau peniaga kecil yang ingin menjadi ahli atau berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai IKHLAS  boleh menghubungi Junaidi Kaderi di talian 013-8139332 atau melayari laman web http://www.ikhlasmalaysia.com.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/ikhlas-yakin-dapat-menarik-5000-usahawan-kecil/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tingkatkan-reka-bentuk-bot-laju/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tingkatkan-reka-bentuk-bot-laju/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:07:04 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252796  

RASMI: Masing menghidupkan enjin sangkut 30kk dengan menggunakan pengecaj bateri yang diubah suai sebagai simbolik perasmian majlis di Kapit malam kelmarin.

KAPIT: Menteri Kemajuan Tanah dan Menteri Kanan Tan Sri James Masing menggesa Persatuan Bot Laju Bahagian Kapit (KADPA) agar menarik minat golongan muda lebih kreatif membuat reka bentuk bot laju (bot jenis tunnel) untuk perlumbaan serta mengkomersialkannya bagi menjana pendapatan.

"Saya difahamkan bahawa para pemandu bot laju dari luar amat menggeruni pasukan-pasukan bot laju dari Kapit setelah menyaksikan kehebatan para pemandu serta kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan oleh persatuan bot-bot laju dari Kapit sejak beberapa tahun lalu.

"Para pelumba bot laju dari Kapit mengambil bahagian dalam perlumbaan dianjurkan di Singapura, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, Labuan, Bintulu, Sibu dan lain-lain," katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun pertama penubuhan KADPA di Dewan Suarah Kapit.

Masing menyeru KADPA agar melatih golongan muda tempatan mengenai kaedah-kaedah mekanikal dalam pengubahsuaian enjin sangkut bot laju untuk kegunaan ketika berlumba agar lebih berkuasa.

"Bagi mempromosi aktiviti bot-bot laju, saya juga mengesyorkan agar KADPA menyediakan sebuah ruang pameran atau bangunan bagi menyimpan dan mempamer supaya lebih ramai peminat tempatan dan pengunjung dari luar menyaksikan bot-bot laju buatan Kapit pada masa akan datang.

"Justeru saya mahu KADPA mencari sebidang tanah atau premis sesuai bagi tujuan berkenaan. Saya dan Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta akan berusaha membantu melicinkan proses pengambilan tanah dan bantuan lain," katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Pengerusi KADPA Koh Kumbong dan Pengerusi Pengelola Bakar Garai, Residen Kapit Dahim Nadot, dua Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Tengku Geruna dan Wilson Nyabong Ijang, Setiausaha Sulit Masing Ugak Kumbong, Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau dan Pemanca Dato Sri Tan Kian Ho.

Sementara itu, Alexander memberitahu bahawa nama Kapit sudah terbilang dalam arena sukan bot laju bukan sahaja di peringkat negeri Sarawak malah di peringkat antarabangsa.

Pada majlis tersebut, Masing secara simbolik memotong kek ulang tahun penubuhan KADPA dan menghidupkan enjin sangkut 40 kuasa kuda yang telah diubah suai dengan menggunakan pengecaj bateri serta merasmikan jualan baju dan topi korporat KADPA yang masing-masing berharga RM75 dan RM30.

Selain itu, beliau dan Alexander meninjau aksesori enjin sangkut, bot-bot laju tunnel yang dipamerkan di atas pentas dewan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Taju Remaong yang mendendangkan beberapa lagu hit bersama vokalisnya, Ery Lang.

Masing turut mengumumkan geran RM15,000 kepada KADPA dan akan diberi untuk tahun depan bagi persatuan itu menjalankan aktivitinya.

Majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian Anugerah Prestasi Cemerlang kepada tiga kelab sukan air iaitu Kelab Sukan Air Nanga Staba, Lelingai 66 bagi kategori 40kk, Kelab Sukan Air Jubak Batu Bansu, Murpink 45 bagi kategori 30kk dan Majau Racing Team bagi kategori 18kk.

Sementara itu, Wahyuddin dari Staba Racing Team dinobatkan sebagai pemandu terbaik kategori 50kk, Jerry Manggai dari Batu Bansu dinobatkan pemandu terbaik bagi kategori 30kk dan Nyanggun Bunyau @ Jalai Bunyau terbaik bagi kategori pemandu 18kk.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/tingkatkan-reka-bentuk-bot-laju/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/perpaduan-kaum-yang-dipupuk-harus-dikekalkan/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/perpaduan-kaum-yang-dipupuk-harus-dikekalkan/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:06:04 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252795 SRI AMAN: Perpaduan kaum yang telah dipupuk sejak sekian lama harus dikekalkan dalam mewujudkan persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Rickado Dorlen berkata perpaduan dan keharmonian kaum merupakan isu penting yang mesti diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan mahupun bangsa dan agama mereka.

"Dalam mewujudkan masyarakat bersatu hati, setiap kita perlu bertolak ansur dan menghormati pegangan agama dan adat resam orang lain kerana merupakan inti pati utama ke arah perpaduan kaum.

"Pemimpin masyarakat pula perlu sentiasa berpandangan jauh serta merangka program bagi menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama dengan harapan perpaduan kaum sentiasa subur," katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidiladha 2012  anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sing-Sing, Sri Aman malam kelmarin.

"Kita cukup berbangga kerana pelbagai persatuan telah mengambil inisiatif untuk terus menyuburkan perpaduan di negara ini.

Justeru, usaha mengekalkan perpaduan ini perlu kerjasama semua pihak sama ada kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

"Golongan sasaran pula harus ditumpukan kepada kaum remaja yang merupakan generasi pemimpin masa hadapan kerana kegagalan kita mendidik dan menyemai golongan ini dengan semangat kekitaan hanya menyumbang kepada keruntuhan nilai sosial dan akhlak di kalangan mereka," katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Betong Norfifi Mohd Naidin, Pengerusi KRT Luke Sakalai Jabeng, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/perpaduan-kaum-yang-dipupuk-harus-dikekalkan/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/gendang-pampat-perlu-dihidupkan-semula-kata-mong/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/gendang-pampat-perlu-dihidupkan-semula-kata-mong/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:05:46 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252782

TAHNIAH: Mong (dua kanan) menyampaikan piala kepada seorang pemenang sambil disaksikan oleh Leonard dan Mupit (kanan) pada majlis terbabit di Sri Aman.

SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menyarankan salah satu budaya asal kaum Iban iaitu 'gendang pampat' perlu dihidupkan semula di kalangan penduduk generasi muda pada masa sekarang ini.

Mong berkata 'gendang pampat' kini seolah-olah tidak dikuasai oleh golongan generasi muda kaum Iban sehingga ia boleh mengancam warisan budaya terbabit pada masa akan datang.

Menurutnya, sejak zaman dahulu 'gendang pampat' biasanya dimainkan ketika upacara besar, kelingkang, Gawai Sandau Ari, Gawai Kenyalang atau upacara gawai  lain di kalangan masyarakat Iban.

"Tetapi hari ini 'gendang pampat' hanya dikuasai golongan warga emas, justeru timbulnya ancaman ialah apabila majoriti golongan muda kita nyata tidak tahu cara untuk memainkan alat tersebut," katanya pada Majlis Malam Mesra dan Kebudayaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan, di Lachau, Sri Aman, semalam.

Dalam majlis itu, Mong mengumumkan peruntukan sejumlah RM6,000 untuk menganjurkan Pertandingan 'Gendang Pampat' dan RM6,000 kepada PIBG SK Selanjan.

Sehubungan itu, Mong berkata untuk menyegarkan kembali budaya tersebut semua pihak perlu menggandakan usaha bagi mendidik anak-anak muda Iban pada masa sekarang menguasai adat 'gendang pampat' itu.

"Saya menyeru persatuan budaya atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di rumah panjang untuk mengadakan kelas bermain gendang pampat mulai sekarang.

"Usaha ini penting agar 'gendang pampat' tidak pupus dan seterusnya boleh diketengahkan kepada kaum-kaum lain di negara ini pada masa akan datang," kata beliau.

Turut hadir Pegawai JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Guru Besar SK Selanjan Leonard Libau, Yang Dipertua PIBG SK Selanjan Tuai Rumah  Winston Mupit dan Pembantu Kanan JASA Bukit Begunan Jessy Bintoh.

Acara menarik diadakan sempena majlis itu ialah Pertandingan Gendang Pampat Terbuka, Berdindang, Bintang Kecil, Kilauan Emas (Perempuan) Terbuka dan cabutan bertuah.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/gendang-pampat-perlu-dihidupkan-semula-kata-mong/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/supp-sarikei-edar-borang-permohonan-br1m-2-0/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/supp-sarikei-edar-borang-permohonan-br1m-2-0/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:04:38 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252781 SARIKEI: Parti Rakyat  Bersatu Sarawak (SUPP) Parlimen Sarikei telah mengedarkan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di sini kelmarin.

Kaunselor Teng Ung Woo berkata, selain mengagihkan borang tersebut SUPP Sarikei juga turut menyediakan perkhidmatan membantu masyarakat setempat mengisi borang berkenaan.

"Pihak kita telah menyediakan dua tempat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut iaitu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Repok di Jalan Berjaya Sarikei sebelah premis KFC dan satu lagi Pejabat SUPP Sarikei di Jalan Merdeka iaitu bersebelahan dengan Hotel Payang Puri.

"Di kaunter tersebut, kita menyediakan tempat untuk mengagihkan borang serta membantu masyarakat untuk mengisi borang terbabit. Perkhidmatan itu dibuka pada waktu pejabat sahaja," kata Teng.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan pembukaan kaunter mengagihkan borang BR1M2.0 di Taman Selera Sarikei turut menyeru kepada masyarakat yang layak menerima agar merebut peluang itu.

"Kita juga berharap masyarakat yang ingin mendapatkan borang dan perkhidmatan untuk mengisi borang agar menyediakan dokumen pengenalan diri seperti salinan kad pengenalan bagi mempermudah proses terbabit," jelasnya.

Dianggarkan sekitar 200 orang telah berkunjung untuk mendapat borang permohonan BR1M 2.0 dari kaunter terbabit.

tidakW�naP�h�dikan awal kerana kekurangan taska orang kurang upaya (OKU).

"Justeru, kerajaan melaksanakan projek perintis taska bagi OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU merangkumi penyakit seperti sindrom down, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

"Semua ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menaik taraf sektor pendidikan awal di negara ini dalam misi melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dalam semua bidang," katanya.

Seramai 108 kanak-kanak daripada Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Sarikei turut serta dalam majlis konvokesyen itu yang merangkumi 99 orang daripada tabika dan sembilan orang dari taska.

Sementara itu, wakil Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Leena Tero berkata para ibu bapa harus menyemai semangat rajin belajar dan membaca kepada anak-anak mereka.

"Masa yang terluang sewajarnya dimanfaatkan untuk membawa anak-anak ke tempat seperti perpustakaan awam.

"Ini kerana usaha tersebut mampu memberi peluang kepada anak-anak menimba ilmu pengetahuan tambahan di samping menyemai semangat suka membaca di kalangan mereka," kata Leena.

Sekitar 200 orang hadir pada majlis itu merangkumi kanak-kanak yang menerima anugerah, ibu bapa dan kakitangan KEMAS Sarikei.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Sarikei Sarlini Julaihi, pengerusi pengelola Majlis Zubaidah Kassim dan Temenggung Junia Olia.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/supp-sarikei-edar-borang-permohonan-br1m-2-0/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/serius-majukan-pendidikan-prasekolah-kata-ding/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/serius-majukan-pendidikan-prasekolah-kata-ding/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:04:19 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252780

TAHNIAH: Ding menyampaikan sijil kepada kanak-kanak tabika dan taska KEMAS Parlimen Sarikei semalam.

SARIKEI: Pengagihan sejumlah RM1.2 bilion dalam pembentangan Belanjawan 2013 bagi tujuan pendidikan prasekolah membuktikan bahawa kerajaan begitu memandang serius dan memberi keutamaan kepada bidang itu.

Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing berkata pada masa yang sama kerajaan turut menyediakan peruntukan tambahan sejumlah RM380 juta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk penempatan guru prasekolah.

Katanya peruntukan tersebut merangkumi pengagihan yang memberi kemudahan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), KPM, Permata dan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN).

"Usaha ini turut dipergiatkan kepada pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baharu yang berkualiti dengan mengagihkan geran pelancaran berjumlah RM10,000 kepada penyedia pusat.

"Pada masa yang sama, kerajaan turut membuat pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri diletakkan pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha taska, pusat jagaan kanak-kanak swasta dan pengusaha prasekolah swasta," katanya ketika menutup rasmi Majlis Konvokesyen Mini Kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Sarikei, semalam.

Tambahnya, dalam pada itu kerajaan juga tidak pernah lupa kepada kanak-kanak yang kurang upaya, keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan taska orang kurang upaya (OKU).

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/serius-majukan-pendidikan-prasekolah-kata-ding/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/geran-pelancaran-taska-harus-dikaji/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/geran-pelancaran-taska-harus-dikaji/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:02:58 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252779 BINTULU: Kerajaan harus mengkaji semula pemberian geran pelancaran taska yang dilihat agak sedikit serta kurang membantu penguasahanya menampung kos operasi terutama di kawasan yang mempunyai kos taraf hidup yang tinggi.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu Zaiedy Nor Abu Nasir berkata geran RM10,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelancaran sesebuah taska sebenarnya tidak mencukupi.

Katanya, kita berharap kerajaan dapat mengkaji semula bantuan geran itu terutamanya untuk membantu operasi taska sederhana.

Zaiedy merujuk mengenai bebanan yang terpaksa ditanggung pengusaha taska di Bintulu dengan kos taraf hidup tinggi berbanding dengan Kuala Lumpur termasuk bantuan yang wajar kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka di taska.

Beliau berkata, untuk menggerakkan operasi taska bukan murah memandangkan antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan ialah pengusaha perlu mendapatkan rumah jenis separa berkembar (Semi D) atau banglo untuk mewujudkan premis taska dengan sewa bulanannya yang mahal.

"Kalau untuk pengusaha taska di Bintulu sewa bulanan bangunan rumah itu ada yang mencecah RM1,000 hingga RM1,200 sebulan yang dilihat amat membebankan," jelasnya merujuk mengenai pengalamannya membantu seorang pengusaha mendaftar taska baharunya di sini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Keluarga Taska Permata Kasih 2012 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Justeru katanya, pengusaha taska di Bintulu yang ingin mendapatkan bantuan diminta untuk membuat laporan kepada Pejabat Ahli Parlimen Bintulu untuk diteliti dan dikaji dari segi kelemahan dan kelebihannya sebelum dibawa ke peringkat atasan.

Begitupun, beliau mengharapkan agar ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang ke taska agar tidak terlalu berkira mengenai yuran bulanan yang dikenakan oleh pihak taska kerana pengusaha perlu  menampung kos operasinya melainkan yuran tersebut terlampau mahal.

"Bukan sesuatu yang mudah untuk pengasuh menjalankan tugas mereka membimbing anak-anak kita di sebuah taska, lebih-lebih lagi kalau di rumah ibu bapa sendiri mungkin tidak sempat untuk melakukan tugas itu kerana masing-masingnya bekerja," katanya.

Disebabkan itu, ibu bapa tidak harus cepat melenting sekiranya anak-anak di bawah asuhan taska dimarahi oleh pengasuh memandangkan untuk mendidik dan membimbing anak-anak yang ramai di taska bukan sesuatu yang mudah.

Turut hadir Pemanca Rosli Kamaruddin, Penghulu Chabi Nangup dan ketua-ketua jabatan di sini.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/geran-pelancaran-taska-harus-dikaji/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pengusaha-taska-swasta-berstatus-individu-hadapi-pelbagai-cabaran/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pengusaha-taska-swasta-berstatus-individu-hadapi-pelbagai-cabaran/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:02:46 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252778 BINTULU: Meskipun pelbagai insentif dan sokongan dalam Belanjawan 2013 disediakan kerajaan dalam proses pendaftaran taska, namun pelbagai cabaran besar yang dihadapi oleh pengusaha swasta berstatus individu.

Pengusaha Taska Permata Kasih, Maraini Jaafar berkata pengusaha taska swasta berstatus individu masih menghadapi cabaran besar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan disebabkan kekangan kos operasi yang tinggi, kesukaran mendapat staf yang sesuai, kurang sokongan dari badan korporat dan agensi.

Katanya, antara sokongan yang diperlukan dari segi mendapatkan sumbangan kemudahan fizikal taska dan sokongan dari segi subsidi yuran kepada ibu bapa berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak dengan kos perbelanjaan bulanan di taska amat tinggi berbanding di peringkat tadika atau sekolah.

"Mengusaha perkhidmatan taska bukan mudah dan bukan menguntungkan, namun kita prihatin dengan tanggungan ibu bapa.

"Tetapi kami perlu memikirkan kebajikan staf dan kos operasi yang sentiasa meningkat," katanya pada Majlis Hari Keluarga Permata Kasih 2012 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Beliau berkata dengan sokongan semua pihak dan agensi berkaitan untuk membantu, kita mungkin dapat mengurangkan yuran bulanan kepada ibu bapa dan kualiti perkhidmatan juga dapat ditingkatkan.

Maka atas dasar itu, beliau merayu semua pihak memberi komitmen dalam menyokong usaha taska berdaftar mengenakan yuran di bawah RM350 sebulan bagi menjamin kelangsungan operasi mereka.

Terdahulu pelbagai aktiviti diadakan seperti penyampaian hadiah dan cenderamata kepada kanak-kanak taska terbabit. Kanak-kanak Contoh Taska Permata Kasih pula disandang oleh Ikhwan Aqil Muammar Quaddafi.

Tiga kanak-kanak Permata Kasih yang layak ke SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu ialah Ikhwan Aqil, Mohd Iman Hakim Mohd Norakmal dan Qurratu Aina Amani Helmi.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/pengusaha-taska-swasta-berstatus-individu-hadapi-pelbagai-cabaran/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/institusi-prasekolah-cemerlang-perlu-dedikasi-guru-pengasuh-ibu-bapa/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/institusi-prasekolah-cemerlang-perlu-dedikasi-guru-pengasuh-ibu-bapa/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:02:32 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252777

CEMERLANG: Fatimah menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid Sekolah Rendah Islam Al-Amin.

KUCHING: Institusi pendidikan prasekolah yang cemerlang memerlukan dedikasi sepenuhnya daripada guru dan pengasuh serta ibu bapa untuk memastikan perkembangan positif kanak-kanak dari segi minda dan sahsiah diri.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata pendidikan prasekolah seperti taska dan tadika memainkan peranan penting pada peringkat asas pendidikan seseorang kanak-kanak.

Beliau berkata setakat tahun 2012 Sarawak mempunyai 117 taska dengan bilangan kanak-kanak seramai 2,186 dan 346 pengasuh manakala bilangan tadika di negeri ini adalah 3,331 buah dengan bilangan kanak-kanak mencecah 77,002 dan guru seramai 5,243 orang.

Untuk menggalakkan lagi pendaftaran kanak-kanak ke insititusi prasekolah, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif melalui Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk menambahkan bilangan taska dan tadika di negeri Sarawak dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), SeDIDIK dan pihak swasta tambah beliau.

Menurutnya, statistik daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 97 peratus murid-murid Tahun Satu yang pernah mengikuti kelas prasekolah bagi tempoh 2010 hingga 2012.

"Bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak khususnya di peringkat prasekolah dan tadika, Majlis Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) telah menggubal dan mewujudkan Manual Standard Kualiti Pendidikan Tadika di Negeri Sarawak yang telah dilancarkan pada bulan Mac lepas.

"Ia adalah sebagai garis panduan bagi tadika awam dan swasta merangkumi lima dimensi utama iaitu aspek fizikal, program pembelajaran, kebajikan dan kesejahteraan murid, personel dan pengurusan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada  Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Nurul Iman dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara semalam.

Beliau juga menekankan kelayakan guru-guru khususnya di tadika hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi memastikan keberkesanan program prasekolah.

Bagi guru-guru yang tidak memiliki sijil tersebut digalakkan mendaftar bagi menghadiri Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri 7 Tahun 2012 yang akan diadakan di RH Hotel Sibu pada 12 hingga 14 November ini, jelasnya.

Konvensyen yang diadakan sejak 2006 itu bertujuan memberi pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menjadi ruang perkongsian pengalaman bagi guru-guru prasekolah mengenai kaedah penyampaian pembelajaran yang berkualiti dan berkesan, ujar beliau.

Majlis semalam juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang akademik oleh Fatimah serta persembahan menarik daripada murid-murid Tadika Nurul Iman dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/institusi-prasekolah-cemerlang-perlu-dedikasi-guru-pengasuh-ibu-bapa/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/belum-ada-tindakan-terhadap-produk-ayamas/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/belum-ada-tindakan-terhadap-produk-ayamas/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:01:35 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252776

TANDA KENANGAN: Rohani (berdiri tengah) dan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman bergambar bersama peserta Media Subsidy Hunt.

KUCHING: Tindakan mengalihkan produk Ayamas Food Sdn Bhd (Ayamas) dari rak penyimpanan di pasar raya hanya dilakukan selepas mendapat arahan rasmi daripada Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata, apabila mendapat arahan daripada dua kementerian tersebut baharu tindakan akan diambil.

Menurutnya, kes tersebut agak serius dan memerlukan penyiasatan terperinci daripada kementerian yang terbabit.

"Kita belum dapat surat daripada kementerian yang bertanggungjawab lagi. Apabila dapat surat baharu kita akan mengarahkan pegawai untuk mengambil tindakan.

"Sekiranya benar berlaku, ini adalah kes yang serius kerana membabitkan kesihatan," katanya selepas merasmikan Media Subsidy Hunt di Giant Hypermarket semalam.

Beliau berkata, buat masa ini tiada tindakan dapat diambil kerana belum mendapat arahan daripada kementerian terbabit.

"Ini mungkin juga khabar angin atau dilakukan pesaing syarikat pengeluar produk," ujarnya.

Jika sabit kesalahan, tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna boleh diambil merangkumi denda RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Baru-baru ini, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Datuk Mong Dagang mengarahkan peruncit dan pengimport menggantung penjualan produk Ayamas Food Corporation Sdn Bhd selepas dikesan mengandungi antibiotik terlarang chlorampenicol.

"Lembaga Veterinar Negeri mengesan antibiotik terlarang (chlorampenicol) dalam sampel sosej ayam yang juga disahkan Lembaga Veterinar di Kuala Lumpur," ujarnya ketika dihubungi.

Terdahulu ketika berucap, Rohani menjelaskan, program 'Media Subsidy Hunt' merupakan cara terbaik untuk memberi penerangan kepada pengamal media tentang barangan subsidi dan memupuk amalan belanja berhemah.

"Di pasaran kita ada pelbagai barangan subsidi atau terkawal termasuk juga pada musim perayaan," jelasnya.

Seramai 50 pengamal media cetak dan elektronik yang dibahagikan kepada 10 pasukan menyertai acara berkenaan.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/belum-ada-tindakan-terhadap-produk-ayamas/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/golongan-belia-dinasihatkan-agar-memfokuskan-pelajaran-mauh/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/golongan-belia-dinasihatkan-agar-memfokuskan-pelajaran-mauh/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:00:29 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252773 SIBU: Golongan belia dinasihatkan agar mengfokuskan pelajaran mereka dan pada masa yang sama memperkemas diri dengan ilmu-ilmu yang relevan dan kemahiran sekiranya mereka ingin berjaya pada masa akan datang.

"Hanya ilmu-ilmu yang relevan dan kemahiran sahajalah yang dapat melahirkan rasa keyakinan diri untuk bersaing dengan individu lain dalam arus globalisasi sekarang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh di hadapan lebih 200 belia dari sekolah menegah di sini yang menyertai Program Karier Belia Zon Tengah di Kem Belia Kemunyang kelmarin.

Hadir sama Pengetua Kem Belia Kemunyang, Norlina Azmi. Program dua hari itu adalah anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Pejabat Daerah Selangau.

Menurut Mauh, sekiranya generasi muda gagal mencari apa sahaja ilmu relevan yang berpadanan dengan diri masing-masing, mereka akan cepat berputus asa dan kemudiaan menjadikan masa depan mereka semakin malap seandainya tiada sebarang usaha dilakukan.

Justeru, katanya, dalam dunia pekerjaan serba mencabar sekarang belia harus mempunyai azam, misi dan visi yang tinggi sebelum memasuki alam itu.

"Hendaklah diterapkan dalam diri masing-masing apakah impian dan cita-cita kita yang sesuai dengan minat dan kehendak kita serta berusaha bersungguh-sungguh ke arah impian tersebut.

"Malah, hendaklah bersama-sama menyumbang kepada pembentukan,  pembangunan dan progres negara," katanya.

Beliau turut menasihati belia agar tidak melupakan asalusul mereka apabila mereka mengecapi kejayaan suatu masa nanti.

"Setelah berada di atas kelak, jangan lupa akan asalusul kita, orang di kampung tempat kita membesar," katanya.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/golongan-belia-dinasihatkan-agar-memfokuskan-pelajaran-mauh/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/menuntut-ilmu-perlu-diteruskan-meskipun-sudah-berusia/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/menuntut-ilmu-perlu-diteruskan-meskipun-sudah-berusia/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:00:16 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252772 KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memuji komitmen Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lintang menganjurkan program keagamaan dalam meningkatkan ilmu khasnya daripada aspek Islamiah di kalangan penduduk setempat.

Beliau memberitahu, menuntut ilmu pengetahuan penting walaupun seseorang itu sudah berusia kerana ia sebagai panduan untuk diri sendiri dan masyarakat Islam lain amnya.

"Usia tidak menghalang seseorang itu menuntut ilmu dan menerusi program keagamaan seperti ini ia sedikit sebanyak dapat membantu kita menambah pengetahuan khasnya dalam agama yang boleh digunakan untuk diri sendiri mahupun diajar kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan ceramah pengurusan jenazah di Dewan Tabika KEMAS Kampung Lintang dekat sini semalam.

Menyentuh mengenai ceramah pengurusan jenazah, Hasidah berkata, bagi umat Islam mereka dituntut mengetahui cara pengurusan jenazah yang betul demi kebaikan dan kebajikan jenazah berkenaan.

"Oleh itu, ilmu tentang pengurusan jenazah penting dan perlu diketahui untuk diri kita sendiri, keluarga mahupun masyarakat Islam setempat.

"Jadi tuntutlah ilmu walaupun kita sudah berusia kerana ia amat penting demi kebaikan dan panduan kita," tegasnya lagi.

Ceramah itu semalam disertai kira-kira 50 orang yang terdiri daripada kalangan wanita di Kampung Lintang.

Penceramah dibarisi oleh Ustazah Naimah Mahmud daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi mengupas isu pengurusan jenazah.

Difahamkan, program keagamaan di kampung itu diadakan setiap minggu di masjid bagi meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam keagamaan dan pelbagai topik telah dibincangkan.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/menuntut-ilmu-perlu-diteruskan-meskipun-sudah-berusia/feed/ 0 http://www.theborneopost.com/2012/11/05/garis-panduan-khusus-bagi-nama-sesebuah-pusat-hiburan/ http://www.theborneopost.com/2012/11/05/garis-panduan-khusus-bagi-nama-sesebuah-pusat-hiburan/#comments Sun, 04 Nov 2012 23:00:05 +0000 Just http://www.theborneopost.com/?p=252771 SIBU: Pihak berkenaan disaran supaya menyediakan satu garis panduan khusus bagi nama sesebuah pusat hiburan.

Kaunselor Pasang Ngelambai berkata, ini sangat penting supaya tidak menyinggung atau menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.

Katanya, ketika ini masih belum ada panduan khusus mengenai pekara tersebut dan pemilik pusat hiburan ketika ini masih bebas untuk menamakan premis milik mereka.

"Setakat ini, kalau tidak silap saya pemilik pusat hiburan masih bebas untuk menamakan premis mereka kecuali menggunakan perkataan lucah.

"Saya percaya, mereka (pemilik pusat hiburan) juga mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih nama-nama sedemikian dan salah satu daripadanya adalah sebagai daya tarikan," katanya di sini malam kelmarin.

Terdahulu, Pasang yang merupakan kaunselor di Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) hadir bagi merasmikan Ambai Lalai Pub dan Karaoke di Sibu Jaya.

Hadir sama Kaunselor Lawrence Dana dan Pemilik Ambai Lalai Pub dan Karaoke, Steven Jawa.

Menurut Pasang, nama sesebuah pusat hiburan tidak harus dikaitkan dengan imej atau menjatuhkan maruah seseorang individu ataupun masyarakat.

"Seseorang itu hendak atau tidak mahu mengunjungi sesebuah pusat hiburan bergantung kepada budi bicara individu berkenaan," katanya.

Cuma apa yang penting, ujar beliau, pemilik pusat hiburan perlu memastikan premis mereka menjadi sasaran untuk melakukan kegiatan jenayah.

"Selain itu, pemilik pusat hiburan juga perlu mematuhi waktu operasi yang telah ditetapkan selain harus dilengkapi dengan kemudahan sistem keselamatan," katanya.

Baru-baru ini, sekumpulan ketua masyarakat di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan sesetengah nama pusat hiburan di sini.

Mereka mendakwa, nama-nama pub terbabit menimbulkan rasa kurang senang dan menjatuhkan maruah kalangan masyarakat Dayak khususnya kaum Iban.

]]> http://www.theborneopost.com/2012/11/05/garis-panduan-khusus-bagi-nama-sesebuah-pusat-hiburan/feed/ 0

Anda sedang membaca artikel tentang

BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

Dengan url

http://beritatempatin.blogspot.com/2012/11/borneopost-online-borneo-malaysia.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

namun jangan lupa untuk meletakkan link

BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News » Berita Tempatan

sebagai sumbernya

0 komentar:

Poskan Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger